Login

ARAHAN PENTADBIRAN PENYERAGAMAN PEMAKAIAN SLOGAN KERAJAAN NEGERI DI SURAT RASMI DAN LOGO DI KEPALA SURAT RASMI JABATAN

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Bil. 15 tahun 2013 yang bersidang pada 12 Jun 2013 telahpun meluluskan untuk menggunapakai slogan baru Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bagi menggantukan slogan "KEDAH SEJAHTERA" adalah KEDAH AMAN MAKMUR- BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI. Manakala Logo Kedah Aman Makmur telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Kedah pada 20 Ogos 2013. 

Sila muat turun untuk maklumat lanjut:

Arahan Pentadbiran Penyeragaman Pemakaian Slogan Kerajaan Negeri 

SURAT PEKELILING LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL 1 2014_PENAMBAHBAIKAN PBS

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan tentang penambahbaikan dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula 1 April 2014 di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan termasuk sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan. 

 

Sila muat turun untuk maklumat lanjut:

Penambahbaikan PBS_Menengah

Penambahbaikan PBS_Rendah

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 3 1998 DAN BIL 5 2008 BERKAITAN PENERIMAAN HADIAH DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008 bertujuan untuk meminda peruntukan perenggan 18, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 iaitu mengenai pihak berkuasa yang boleh meluluskan penerimaan hadiah oleh Jabatan Kerajaan.

Sila muat turun untuk maklumat lanjut:

pekeliling perkhidmatan bil 3 1998 dan bil 5 2008

SURAT PEKELILING AM BIL 1 TAHUN 2014_PERATURAN PERJALANAN PEGAWAI AWAM KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2014 mengenai pindaan peraturan perjalanan pegawai awam ke luar negara atas urusan persendirian ke negara jiran bersempananan dengan Malaysia. 

Sila muat turun untuk maklumat lanjut:

Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun 2014

URUSAN PEMANGKUAN PPP UNTUK MENGISI JAWATAN PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI JULAI – DISEMBER TAHUN 2014 DI KPM

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan penyiaran kedua urusan pemangkuan Pengetua dan Guru Besar bagi pengisian bulan Julai sehingga Disember 2014 yang akan dibuka pada 02 April 2014 (Rabu) sehingga 23 April 2014 (Rabu).

Sila muat turun untuk maklumat lanjut:

urusan pemangkuan ppp untuk mengisi jawatan pgb 2014

myGov pmo mscjpa hrmis mampujbg jakim bheuuanm bpa bphintan 1malaysia iim

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.

 

Portal ini disenggara oleh Unit Penguran Maklumat & ICT , PPD Kota Setar

Hakcipta Terpelihara © 2013 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar